teori ibn khaldun tentang solidariti (assabiyah)

Monday, November 17, 2008

Menurut Ibn Khaldun semangat assabiyah atau pun solidariti sangat penting didalam pembentukan sesebuat negara yang mantap dan berjaya. apa yang dimaksudkan dengan solidariti ialah suatu ikatan darah keturunan sesuatu bangsa. Mana-mana bangsa yang longgar atau lemah semangat assabiyahnya maka sesebuah negara itu akan menuju kepada kehancuran dan kebinasaan. Ibn Khaldun juga menyatakan bahawa assabiyah yang baik adalah berpaksikan kepada pegangan agama yang sebenar. Mana-mana negara yang mengabaikan pegangan agama dengan hanya berpegangkan kepada assabiyah semata-mata maka sesebuah negara itu juga akan cenderung kepada kesesatan kerana ajaran agamalah yang memandu ke jalan yang benar dengan mengehadkan serta membataskan apa yang harus dilakukan oleh sesuatu bangsa dan negara. Kerana tanpa pegangan agama manusia akan cenderung kepada keseronokan semata-mata tanpa berfikir kepada akibat daripada apa yang dilakukan. Dengan kata lain agama sebagai pemandu daripada kesesatan ke jalan kebenaran. oleh itu daripada teori assabiyah Ibn Khaldun ini dapatlah kita fahami bahawa pentingnya semangat assabiyah dalam membentuk sebuah bangsa yang agung tetapi mestilah berteraskan nilai-nilai agama yang murni..

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP