Perjuangan Belum Selesai...

Tuesday, November 18, 2008

Kepada sahabat-sahabatku yang dihormati sekalian...
Ingatlah bahawa peperiksaan yang telah ditempuhi bukanlah sebagai pengukur sebenar ilmu yang kalian miliki. Malah ianya sebagai medan untuk kita semua menguji sejauh mana kepekaan kita didalam mengguna dan mengaplikasikan segala ilmu yang kita semua miliki. Sebagai seorang mahasisiwa, kita perlu menggunakan segala ilmu yang kita perolehi sepanjang pembelajaran kita selama ini ke landasan yang sepatutnya. Janganlah sekali-kali mengabaikan segala ilmu yang kita semua miliki dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa kita semua memanfaatkannya didalam kehidupan ini.

Kerana hal yang demikianlah membuatkan kita di pandang lemah oleh masyarakat dan sering dilebalkan sebagai mahasiswa yang cetik limu dan tidak berkualiti. Coretan kali ini bukanlah untuk mengajar kalian semua apa itu kepentingan ilmu, tetapi sekadar peringatan dan nasihat untuk diriku ini yang lemah serta untuk rakan-rakanku tercinta. Ingatlah wahai kawan-kawanku, bahawa perjuangan kita didalam menentut ilmu tidak akan berkesudahan sehinggalah keliang lahad.

Cuba kita sama-sama renungkan sepotong ayat dibawah;

" ilmu itu ibarat sepohon pokok, jika ianya tidak dijaga dan dibajai, nescaya pokok tidak akan mengeluarkan hasil dan ianya akan mati kelayuan"




1 comments:

:: @ m e r a l i t y :: December 28, 2008 at 12:11 PM  

add blog kawe ~amer~ http://amerality.blogspot.com/

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP