SALAM RAMADHAN

Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabatku yang dikejauhan..

Sudah lama tidak mencoret di Blog ni rasa kekok pulak.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini ku ucapkan selamat berpuasa serta selamat menjalankan ibadah dengan hati yang tenang dan tenteram..

kepada sahabat-sahabatku yang dikasihi.. sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini di harapkan kita semua sama-sama akan mendapat berkat dan syafaat daripada Allah SWT. Selain itu juga sama-samalah kita perbanyakkan memohon ampun di atas segala kesalahan yang telah kita lakukan selama ini. Dengan keberkatan bulan Ramadhan insyaallah segala kesilapan yang telah kita semua lakukan selama ini di Ampunkn oleh Allah SWT..

sekian dahulu coretan buat kali ini..
Wasallam...

Read more...

Read more...

Perjuangan Belum Selesai...

Tuesday, November 18, 2008

Kepada sahabat-sahabatku yang dihormati sekalian...
Ingatlah bahawa peperiksaan yang telah ditempuhi bukanlah sebagai pengukur sebenar ilmu yang kalian miliki. Malah ianya sebagai medan untuk kita semua menguji sejauh mana kepekaan kita didalam mengguna dan mengaplikasikan segala ilmu yang kita semua miliki. Sebagai seorang mahasisiwa, kita perlu menggunakan segala ilmu yang kita perolehi sepanjang pembelajaran kita selama ini ke landasan yang sepatutnya. Janganlah sekali-kali mengabaikan segala ilmu yang kita semua miliki dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa kita semua memanfaatkannya didalam kehidupan ini.

Kerana hal yang demikianlah membuatkan kita di pandang lemah oleh masyarakat dan sering dilebalkan sebagai mahasiswa yang cetik limu dan tidak berkualiti. Coretan kali ini bukanlah untuk mengajar kalian semua apa itu kepentingan ilmu, tetapi sekadar peringatan dan nasihat untuk diriku ini yang lemah serta untuk rakan-rakanku tercinta. Ingatlah wahai kawan-kawanku, bahawa perjuangan kita didalam menentut ilmu tidak akan berkesudahan sehinggalah keliang lahad.

Cuba kita sama-sama renungkan sepotong ayat dibawah;

" ilmu itu ibarat sepohon pokok, jika ianya tidak dijaga dan dibajai, nescaya pokok tidak akan mengeluarkan hasil dan ianya akan mati kelayuan"




Read more...

teori ibn khaldun tentang solidariti (assabiyah)

Monday, November 17, 2008

Menurut Ibn Khaldun semangat assabiyah atau pun solidariti sangat penting didalam pembentukan sesebuat negara yang mantap dan berjaya. apa yang dimaksudkan dengan solidariti ialah suatu ikatan darah keturunan sesuatu bangsa. Mana-mana bangsa yang longgar atau lemah semangat assabiyahnya maka sesebuah negara itu akan menuju kepada kehancuran dan kebinasaan. Ibn Khaldun juga menyatakan bahawa assabiyah yang baik adalah berpaksikan kepada pegangan agama yang sebenar. Mana-mana negara yang mengabaikan pegangan agama dengan hanya berpegangkan kepada assabiyah semata-mata maka sesebuah negara itu juga akan cenderung kepada kesesatan kerana ajaran agamalah yang memandu ke jalan yang benar dengan mengehadkan serta membataskan apa yang harus dilakukan oleh sesuatu bangsa dan negara. Kerana tanpa pegangan agama manusia akan cenderung kepada keseronokan semata-mata tanpa berfikir kepada akibat daripada apa yang dilakukan. Dengan kata lain agama sebagai pemandu daripada kesesatan ke jalan kebenaran. oleh itu daripada teori assabiyah Ibn Khaldun ini dapatlah kita fahami bahawa pentingnya semangat assabiyah dalam membentuk sebuah bangsa yang agung tetapi mestilah berteraskan nilai-nilai agama yang murni..

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP